Sunday, May 17, 2009

sejak kebelakangan ni, bonda kerapkali mauduk bicaranya tentang al-kawen. kalau bicara tentang isu lain pun, pandai aje bonda korner baring masuk bab kawen2. awal tahun dulu PP buat dek aje, buat2 tak paham apakah maksud tersirat di hati bonda. tp bila dh masuk bln 5 ni yg tak lama lg cuti sekolah, lg la bertalu2 soalan bonda pada PP tatkala PP dihujani kad2 kawen sanak saudara, rakan taulan dan jiran tetangga.
Bonda bertanyakan kepada PP, bila mau kawen? Tetttt. PP sengeh2 je.
"ala....belum ready"
"mana boleh kawen....tak pandai masak lg laaa"
"tak cukup duit lg"
begitulah jawapan klise yg PP dok ulang2 setiap kali bonda bertanya. alahai, siapalah yg tak mau kawen. masanya akan tiba jua nanti tp bg la chance kat PP dan MNG settle apa2 yg patut dulu sblm menginjak ke alam perkahwinan.
"usia dh lanjut ni, tak kawen2 lg. masa Ummi baya along dulu, dh ada anak sorg tau" kata Bonda.
hah? PP dh dikategorikan sbg lanjut usia ke? bulan 10 ni, PP baru je nk mencecah angka 26. PP gelak2 je. Bonda ni, buat lawak la pulak.
dan PP terus diasak2 soalan yg sama sehingga kini. PP terus memberikan 1001 alasan. Bondaku, bukan PP tak mau kawen. Bukan kami tiada perancangan ke arah itu tapi ada benda yg kami nk settle dulu, especially in terms of financial. mau kawen pun perlu beruang (baca : berwang). Kalau ikut plan, MNG nk beli rumah tahun ni. InsyaAllah. makanya, sekarang kami tercari2 lokasi dan persekitaran yg sesuai. Itu salah satu perancangan kami sejak dr kami ber-chenta di alam kampus lg. Alhamdulillah, Allah makbulkan dan permudahkan segala yg perancangan kami. Harapnya semua yg di rancang akan terus diberkati dan di permudahkan utk kami merealisasikannya.
Kami faham, usia perhubungan kami sudah mencecah 7 tahun lebih. Pastinya tidak enak di mata bonda apabila melihat perhubungan kami yg tiada ikatan sah ini. Bonda kata, bonda sudah tua. ehem-ehem, siapa kata bonda sudah tua? syahdu pulak PP mendengarnya.
soalan yg PP selalu terima dari teman2 lama:
"betul ke dah bertunang?" Jawapan PP, tidak.
"masih bersama si dia kah?" Jawapan PP, yesszzzaaa. doakan jodoh kami berpanjangan.
"lama ek korang kawan. dah lama sgt ni, bila nk kawen?"Jawapan PP, alhamdulillah. jgn risau, semua akan dijemput. InsyaAllah, masanya akan tiba.
Hmm....senang gak keje nk menjemput rakan taulan ke majlis kami nanti sbb PP dan MNG bersekolah menengah di sekolah yg sama dan juga menjejakkan kaki ke universiti yg sama. classmate-unimate-soulmate.hehehe. bekas pensyarah kami juga dh tertanya2 psl kami :)
ok la, tamau ckp byk lg la psl kawen ni. tungguuuuu.
kepada mereka yg bakal menamatkan zaman bujang beberapa hari atau minggu lg, diucapkan selamat pengantin baru.
akhir kata, sambutlah salam mesra dr saya seisi keluarga.

5 -begitu-begini-:
salam.. elok bertunang sekarang, lagipun PP and MNG dah lama kawan.. tunang dalam 3 bulan kerr then kawen .. hehe, just cadangan orang yng bagi pandangan ni pon tak kawen2 lagi hoho.. :)
al kawen al kawen
kat sini albusan albuhsan :p
zaidon: kalau PP bertunang sekarang, maksudnya lg 3 bulan PP akan kawen...oh,mungkin belum masanya lg kotttt...kasi can kat awak dulu laaaa...kite tamau langkah bendul daaa :)
daya: albuhsan? apa lg, sila nyanyi alsuka alsuka pat ploh kali...mesti hepi je rasa nanti...hihihi...
Dayah dan Kak Suzi pun nak kawin 31May. dua2 tarikh yg sama. tapi dua2 pun saya tak dapat datang. Kak Sha apa cite ye?
waaaa....kak suzi dgn dayah suda mau kawen ye? hmmm, 31 may ni mmg ramai yg kawen. kazen kite pun kawen 31 may ni. awak bilakah lg? hihihi.
kak sha jd cikgu kat kedah. belum terdengar pula beliau mau kawen :)