rombongan cik kiah

Sunday, June 28, 2009



mingming

smlm mingming menyertai rombongan cik kiah ke genting highland.ini bukanlah kali pertama mingming menjejakkan kaki ke tanah tinggi ini tetapi mingming teruja kerana rombongan kali ini adalah bersama2 ayahanda dan adinda2 mingming. bonda dan adinda mingming (af) tidak dpt bersama2 menyertai kami atas sebab2 yg tidak dpt dielakkan. walaupun tak cukup korum, tp kami tetap ceria.

hmm...tak perlulah mingming ceritakan apa yg menarik di genting highland ni. sbb mingming pasti kalian semua sudah pun merasa sendiri kabus di sini dan barangkali juga kalian sudah pun beberapa kali menjejakkan kaki ke sini. ok, tak perlu cerita panjang2, mingming tunjuk beberapa gambar je la ye.

lgpun adik mingming (am) tak sabar nk main game kat pc ni. sebagai kakak yg baik hati lg comel yg memahami, mingming pun taip laju2 dan apdet kat sini supaya amir dpt main game (sbb dia dh tunggu lama turn dia).

jom, kite layan gambar...


tgh beratur utk naik skyway


posing dlm skyway

dr kiri : pit, kikin & mingming

jom berbuai dan berpusing

mingming dan kikin

mingming tak perasan pun yg tgn kanan mingming pun sibuk nk menge-peace :)

posing @ london bus


dr kiri: an, am, ayahanda, mingming & pit


jgn pandang belakang!



byk lagi gambar yg mingming nak kongsi di sini tapi tak larat nak edit pulak. gambar yang ada ni pun dah buat orang kat rumah ni gelak2 tengok mingming edit. hehe...

kamu yg memualkan

Friday, June 26, 2009


hmmm....mingming tatau camne nk mulakan...mingming sebenarnya tidak suka sama sekali untuk mencemari kesucian blog mingming ini dgn cerita yg x best yakni yg melibatkan perasaan2 negatif dlm diri. mingming jua tidak suka bila ada perasaan2 yg negatif ini.

tp mengapakah ada jua manusia yg suka membusukkan hati sendiri dgn benda2 yg mengarut. matang la sikit weiiii....kamu tu umur pun lg 1-2 angka je nk cecah 30. anak pun tak lama lg nk masuk sekolah. tak perlu la nak buat perangai budak sekolah tadika. ye, jika yg buat perangai spt yg kamu buat itu adalah budak tadika, mingming dpt terima dan faham. tapi apabila kamu yg sudah memiliki suami dan anak berperangai spt itu, pastilah ianya sgt memualkan.

mengapakah kamu sungguh menggelepar bila kamu mendapat tahu yg mingming tahu dan arif tentang sikapmu apabila di belakang mingming? sedangkan mingming masih lg spt biasa - ceria dan sentiasa lemparkan senyuman kpdmu walaupun mingming tahu kamu adalah manusia yg mukanya bertalam dua. mingming tidak pula membalas balik perbuatanmu itu dgn dendam atau jua benci. mingming terima dan menganggap spt tiada apa yg berlaku. mingming anggap itu lumrah hidup. mulut org mana bisa mingming tutup.

tapi apabila kamu tahu yg mingming tahu muka kamu bertalam dua, kamu pula malu sendiri dan mula melancarkan perang dingin kpd mingming. kamu jua tidak segan silu memfitnah mingming. tidak penatkah menjaja cerita2 pelesu?

oh, please....mingming bukanlah wanita spt itu...mingming tidak mahu sekali membusukkan hati mingming nan satu ini. mingming punya satu hati, jadi mengapa perlu mingming menghitamkan hati mingming dgn prasangka yg buruk2? biarlah...jika kamu rasa bahagia bila hati kamu menjadi busuk. tidak sedarkah kamu yg kamu akan membawa kemana2 hati kamu yg busuk itu? pastinya hati kamu yg busuk itu dpt dihidu oleh org2 di sekelilingmu tanpa kamu sedari. tidakkah kamu malu berperangai spt itu?

Ya Allah, jauhkanlah mingming dan ahli keluarga mingming dr sifat2 mazmumah. Amiiinnnn..


p/s: ada aku kesah??? (sekadar meminjam kata2 seseorg).huhuhu...

LaYOut baRU, NaMa BaRu? hehehe....

Sunday, June 14, 2009

tadaaaa....lihatlah layout baru mingming...hehehe....aik? tukar nama ke? mana ada tukar nama. kenapa pulak guna nama mingming ni? tak ada apa, saje je....sejak kami sekeluarga dan MNG menjadi peminat siri wonderpet setahun yg lalu (sampai ringtone handset pun lagu tema wonderpet), MNG suka panggil dgn nama mingming. hmm, mcm dah melekat pulak dgn nama mingming ni...kini, sempena ber-layoutbaru ni, rasa nak guna nama ni kat blog la...hihihi.

kalau ada yg tak kenal dgn wonderpet, kat bwh ni la gambar geng wonderpet. tp rasanya semua kenal kottt. mereka sgt comel,kannn.


ok, kite sambung cerita pasal layout ye...layout lama yg penuh dgn lebah berterbangan tu sebenarnya ok je, tak perlu pun buang masa godek2 layout lain tp saje je nk tukar2....so lps puas menggodek bersama dayah, inilah hasilnya...jika kalian mengikuti blog mingming sebelum ni, kalian tentu perasan yg mingming masih mengekalkan header yg sama utk layout baru ni. cuma saiznya agak kecil dan ia kelihatan seperti setem, kan? dayah ckp, mentang2 la keje pos. hahaha.

lama dah mingming tak tulis kat blog ni, kan. oh ya, esok adalah hari terakhir cuti sekolah. hr isnin ni, jalanraya kembali sesak setelah 2 minggu pergi kerja lenggang kangkung. jam 7.30 pagi pun mingming masih ada di rumah. kalau hr isnin ni jam 7.30 mingming masih ada di rumah, gerak mcm siput la kat MRR2 nanti.

sebut pasal cuti sekolah, teringat masa mingming kecil dahulu. selain hari raya, cuti sekolah adalah saat yg ditunggu2 sebab dpt balik kampung dan jumpa dgn sepupu2. selain dr aktiviti wajib iaitu bermain2 dan berbasikal merayau2 di keliling kampung, kami menaiki basikal (kdg2 naik bas) beramai2 ke perpustakaan kemas. kami akan membaca buku cerita di situ dan kalau tak sempat habis pada waktu tengahari (pukul 12 kena balik sbb itu adalah time makan), kami akan pinjam buku tersebut. kami seakan berlumba2 utk membaca buku cerita terbanyak. buku cerita lah yg menjadi kegilaan kami pada masa itu.


tp kini mingming tgk adik2 mingming dan kawan2 sebayanya seakan tiada kegilaan lg pada buku cerita. permainan komputer yg menjadi sasaran mereka. di rumah kami juga ada mini perpustakaan tapi mereka tidak mengendahkannya. puas la ming2 potpet psl isu membaca ni pada amir dan hafiz tp mereka buat dek aje. sbb tu la mereka seakan tiada idea bila buat karangan. mungkin juga faktor persekitaran yg tak membantu mereka minat pada membaca.

sbb minat membaca lah, mingming kerap mendapat markah tertinggi dlm kelas bila buat karangan. ketika di tingkatan dua pula, karangan cereka ming2 jd cerpen pula. pernah dulu ketika di sekolah rendah, mingming pernah menyimpan hasrat utk menjadi penulis novel ataupun wartawan. tapi kini, jd penulis blog je la. itupun tak berapa aktif menulis. hihihi.

hmmm...sejak 3 bulan lps memandu ke tempat kerja ni, mingming pun dah lama x membaca buku2 atau novel. kalau dulu, mingming selalu baca ms dlm LRT atau bas sama ada tgh berdiri atau duduk. nmpknya kena curi2 masa utk kembali membaca ni. oppsss, tapi mingming bukan kaki novel jiwang2 ye. kalau masa sekolah2 dulu ada lah jugak baca novel2 jiwang ni tp sekarang mingming bukanlah orgnya. mingming teringat pasal maya karin borong beli buku murah2 kat PJ hr tu. alahai, ruginya ming2 tak tau ada jualan itu berlangsung.

ada rakan uni mingming yg menyatakan dia tak suka beli buku sbb bila dh habis baca, terus simpan. janganlah begitu. mingming pun kdg2 bukan ada duit lebih sgt pun nk beli buku tp beli baju2 dan benda2 lain yg mengarut ada pulak duitnya ye , mingming sewa je buku2 tu. yg penting, minat membaca tu dpt kita suburkan kembali.

oh ya, sebut pasal mencuri masa utk membaca ni, Al-Quran pun jgn lupa baca tau (sekadar peringatan buat diri sendiri)

haRiBuLaN

Saturday, June 13, 2009