al nasib al nasib

Tuesday, May 19, 2009


di suatu petang yg hujan renyai2...ketika semua umat di opis PP ni sibuk nk balik, maka terjadilah eksiden tersebut. tempat parking opis PP tu agak sempit sedikit, so PP pun pelan2 la kuar parking. entah kenapa Kak T reverse bukan main laju smpi boleh hentam bumper depan Road Runner. PP sibuk tgk kete org lain tp org lain lak yg g hentam RoadRunner. nasib la nasib.

kami pun keluar dr kete masing2 dan melihat kereta masing2. uish...RoadRunner PP diguris lukaaaa... Kak T (Assistant Manager II dept kami) terus mukanya cuak. Ofismate yg lain yg terdengar bunyi hentaman tersebut,  menghampiri kami.

"balik lah dulu. dh hujan ni" kata Abg K.

"nanti kite settle ye" kata Kak T dgn nada suara yg tak bape nak kuar.

PP pun pulang dgn perasaan yg hiba.

Setelah berbincang keesokan harinya, Kak T setuju utk membayar kos repair.

PP pun g la servey harga lampu spotlight utk Road Runner sbb Kak T ni mcm kemut nk kuar duit. dia suruh cari tmpt yg murah. 

Kak S (ofismate PP) ada tanya  PP,  "kat mana Kak T suruh awak repair kete?"

PP jungkit bahu sbb Kak T ckp adik ipar dia tgh survey. 

Kak S ckp, "Kak T yg byr duit repair semua...so awak kena ikut dia la kat kedai mana dia nk suruh awak repair"

mmg mcm tu ek? kalau PP sukahati je cat kat kedai mana yg PP suka, dia boleh tak nk bayar ke?

hr tu PP bgtau Kak T harga spotlight.

"kak, saya dh survey. harga lampu tu sebelah dlm range RM 110-120 siap pasang"

"nanti la akak try cari tempat yg murah dr tmpt yg awak pergi tu".

PP pun faham la keadaan dia yg tak lama lg nk bersalin tu. 

"abg akak ckp, x yah cat bumper dpn tu...polish je pun boleh"

baru2 ni bila PP bg bil PP tukar spot light dan wax kete, Kak T terus kerek semacam.

"kak, saya dh repair kete"

"oh, dh tukar lampu dah?" kata Kak T sambil mengambil bil2 yg PP hulurkan.

"lampu saya dh tukar. saya dpt tempat yg blh bg harga kurang RM10 dr tmpt yg saya ckp kat akak hr tu" Muka Kak T bersinar2 bila dgr PP dpt jimatkan duit dia 10 hengget.

"saya dh wax tp x blh hilang la kesan langgar hr tu. kena cat jugak"

"eh, takkan la basuh kete pun nk charge kat akak?" kak T mempertikaikan bil wax kereta. dlm bil wax kete tu ada tulis, wash and wax RM 50. 

alahai cik kak, setakat basuh kete 10 hengget pun nak bising2 ka? kalau tak mau bayar sgt, byr je la utk wax, 40 hengget je, PP bersuara dlm hati. 

"ye la, dh nk wax...kena la basuh sekali" ayat kat ni je yg kuar dr mulut PP sbb PP cuba utk malas nk panjang2 cite psl wash and wax ni.

"so awak dh wax, skang awak nk cat pulak" suara Kak T agak berubah nada.

"hr tu saya ingat wax dh boleh hilang kesan2 noda tu. kalau cat, mahal. saya kesian lak katakak nk kuar duit cat kete"

"x kan awak nk akak byr wax dgn cat? dua dua sekali akak kena byr? tak boleh la mcm tu" nada suara Kak T keras.

aik? hr tu ko jugak yg ckp habi labi ko ckp blh polish ajeeeee....geram lak PP dgn Mak buyung sorg ni. dh la langgar RoadRunner PP, pastu mcm nk marah2 lak. PP try consider dia nk bersalin, byk nk guna duit. dia pulak boleh berlagak sombe mcm ni. dh sah2 AM, of kos la gaji ko lg byk dr PP yg macai ni. geram betul.

"kalau saya cat, mahal tu. akak blh ke nk byr?" PP dh malas nk cakap berlapik2 ni, straight to ampang point aje. senang.

"terpulang la kat awak. awak yg owner kete. awak sayang kete awak, cat la"

PP keliru dgn kata2 Kak T ini. of kos la PP sayang RoadRunner. segala urusan jualbeli RoadRunner ni, PP urus sendiri tau. PP tak faham dgn drama Kak T ini. dah langgar kete org, buat la cara dh langgar kete org. nanti PP dh bantai cat bumper dpn tu, silap2 dia dolak dalih nk bayar pulak. mau makan 2-3 rat jugak tu.

utk tidak menjadi pelakon tambahan dlm drama Kak T, PP bercadang nk mntk dia byr deposit dulu utk cat. Mana la tau, tiba2 dtg angin senget dia tu. apa, dia je ada hangin?

chaiyok PP! Kpd RoadRunner, sabar sket ye. PP akan cuba hilangkan misai di sebelah kiri wajahmu itu....

al-kawen al-kawen

Sunday, May 17, 2009



sejak kebelakangan ni, bonda kerapkali mauduk bicaranya tentang al-kawen. kalau bicara tentang isu lain pun, pandai aje bonda korner baring masuk bab kawen2. awal tahun  dulu PP buat dek aje, buat2 tak paham apakah maksud tersirat di hati  bonda. tp bila dh masuk bln 5 ni yg tak lama lg cuti sekolah, lg la bertalu2 soalan bonda pada PP tatkala PP dihujani kad2 kawen sanak saudara, rakan taulan dan jiran tetangga.

Bonda bertanyakan kepada PP, bila mau kawen? Tetttt. PP sengeh2 je.  

"ala....belum ready"

"mana boleh kawen....tak pandai masak lg laaa"

"tak cukup duit lg"

begitulah jawapan klise yg PP dok ulang2 setiap kali bonda bertanya. alahai, siapalah yg tak mau kawen. masanya akan tiba jua nanti tp bg la chance kat PP dan MNG settle apa2 yg patut dulu sblm menginjak ke alam perkahwinan.

"usia dh lanjut ni, tak kawen2 lg. masa Ummi baya along dulu, dh ada anak sorg tau" kata Bonda.

hah? PP dh dikategorikan sbg lanjut usia ke? bulan 10 ni, PP baru je nk mencecah angka 26. PP gelak2 je. Bonda ni, buat lawak la pulak.

dan PP terus diasak2 soalan yg sama sehingga kini. PP terus memberikan 1001 alasan. Bondaku, bukan PP tak mau kawen. Bukan kami tiada perancangan ke arah itu tapi ada benda yg kami nk settle dulu, especially in terms of financial. mau kawen pun perlu beruang (baca : berwang). Kalau ikut plan, MNG nk beli rumah tahun ni. InsyaAllah. makanya, sekarang kami tercari2 lokasi dan persekitaran yg sesuai. Itu salah satu perancangan kami sejak dr kami ber-chenta di alam kampus lg. Alhamdulillah, Allah makbulkan dan permudahkan segala yg perancangan kami. Harapnya semua yg di rancang akan terus diberkati dan di permudahkan utk kami merealisasikannya.

Kami faham, usia perhubungan kami sudah mencecah 7 tahun lebih. Pastinya tidak enak di mata bonda apabila melihat perhubungan kami yg tiada ikatan sah ini. Bonda kata, bonda sudah tua. ehem-ehem, siapa kata bonda sudah tua? syahdu pulak PP mendengarnya. 

soalan yg PP selalu terima dari teman2 lama:

"betul ke dah bertunang?" Jawapan PP, tidak. 

"masih bersama si dia kah?" Jawapan PP, yesszzzaaa. doakan jodoh kami berpanjangan.

"lama ek korang kawan. dah lama sgt ni, bila nk kawen?"Jawapan PP, alhamdulillah. jgn risau, semua akan dijemput. InsyaAllah, masanya akan tiba.

Hmm....senang gak keje nk menjemput rakan taulan ke majlis kami nanti sbb PP dan MNG bersekolah menengah di sekolah yg sama dan juga menjejakkan kaki ke universiti yg sama. classmate-unimate-soulmate.hehehe. bekas pensyarah kami juga dh tertanya2 psl kami :)

ok la, tamau ckp byk lg la psl kawen ni. tungguuuuu.

kepada mereka yg bakal menamatkan zaman bujang beberapa hari atau minggu lg, diucapkan selamat pengantin baru. 

akhir kata, sambutlah salam mesra dr saya seisi keluarga. 

gila shopping

Wednesday, May 13, 2009


lately ni PP gila shopping baju....kalau dulu, tercari2 masa utk shopping. ye la, dulu selalu balik malam. penat, mesti la tak de mood nk shopping sgt. tp skang ni asyik shopingggg aje. nmpk je yg berkenan di hati, terus je rembat. kdg2 malas nk fitting pun. dlm masa 1 bulan ni, PP asyik gayakan baju baruuuu aje.. hari tu (awal bulan 4) sibuk shopping tudung la...selendang laaa...skang ni gila shopping baju lak...
di bawah adalah dialog2 yg PP kena dgr:

adinda : along ni, balik keje mesti ada bwk balik barang. asyik beli bajuuuuu aje.

bonda : ada duit sket, beli beg la...beli baju laaa....camne nk cukup duit nk kawen?


PP sengeh aje, sambil try baju2 yg baru dibeli.
hehehe...bondaku, janganlah dikau gusarkan. utk shopping PP tak usik tabung duit kawen.

PP ada aim 2 tempat utk shopping baju. ada baju yg PP berkenan kat 2 tempat itu tp hari tu tp tak sempat nk shopping sbb masa tu PP nk g mkn dgn client kat area situ so sempat jeling2 je la.


PP tak suka shopping sorg2 sbb PP akan hilang pertimbangan. Nanti PP borong mcm2.
Drpd awalnya tak nk beli apa2, just nk tgk2 je. Konon. tp pastu terus rembat 2-3-4 helai. Sbb tu PP suka shopping dgn org yg tak berapa kaki shopping sgt sbb nanti dia boleh bwk PP kembali ke jln yg benarrrr....huhuhu....

tp MNG ckp cam ni:
takpe, shopping lah...sblm kawen ni la nk merasa shopping sakan...kalau dh kawen, confirm byk habis kat anak je nanti...


yeay! PP suka. hihihi...mari kite terjahhhh shopping mall...tp jgn amalkan prinsip 'biar papa asalkan bergaya' tau.


PP musykil sekejap. kata gawat. tp PP sh
opping tak hengatttt. tu tak masuk yg PP beli baju secara online. oh, cukuplah aktiviti shopping dlm ms terdekat ini. hehehe. boleh caya ke ni? ya, ini serius. wait n see ya :)





p/s: hari ni 13 May daaa..... mari kita buat ombak utk En May. Tahniah dan selamat ulangtahun

Kerjalah la la la - slmt hari pekerja

Friday, May 01, 2009


hari ni hari pekerja...selamat hari pekerja kepada semua yg berkerja....ok, mari kita terus tingkatkan prestasi..hehehe....


tahun ini adalah tahun kedua PP menyambut hari pekerja.ye la, tahun sebelumnya PP masih bergelar siswi. nmpknye hari ni genaplah sebulan PP bekerja di tempat baru. so far, alhamdulillah. ala, kisah politik dalaman di tempat kerja tu biasalah kan. PP pun bukan jenis ambik pot sgt benda2 mcm ni. PP layan je semua org dan sentiasa akan cuba berbaik sangka dgn semua org. Bila ada perasaan buruk sangka menerjah, PP akan cuba buang jauh2 lgpun apa untungnya kalau ada perasaan buruk sangka pd org,kan? tetapi perbualan dgn Puan Assistant Manager (AM) ketika bersarapan pagi sebelum kami miting di cimbeng tempohari amat mengejutkan PP.

"kenapa awak dah x bekfes sama diorg (merujuk kpd beberapa org di dept kami) ?"

"selalu diorg akan ckp kalau nk gi mkn tp entah nape skang dh x ajak pun nk gi"

"kenapa? dh x geng?

"entahlah...." PP sengeh2.

"agaknya sbb awak lg stylo dr diorg kotttt"

PP gelak je dgr kata2 Puan AM itu. stylokah PP? hahaha.

"ye la, diorg tu mana blh ada org lebih dr dia. rs tergugat kot. ala, buat donno je"

"hak ah, saya mmg buat mcm xde apa2 pun. mcm budak2 lak"

"sbb saya perasan gak diorg dh x bercakap dgn awak"

"biarlah... saya ok je dgn diorg"

sejujurnya PP malas nk fikirkan tentang kerenah manusia. PP x akan jdkan benda ciput ni mengusutkan fikiran. PP tetap borak2, senyum2, gelak2 dgn mereka walau PP juga seakan sedar kebenaran kata2 Puan AM itu. ala...kalau mereka dh x nak kawan dgn PP, ramai lg org kat kampeni ni yg PP blh kawan. hahaha. mcm budak2 baiiii....layan je laaaa...(umur diorg tu dlm 28-30, dh jd mak budak pun).

PP mmg x de niat nak menunjuk2 atau bermegah2 berpakaian sbb PP pakai apa sahaja yg PP rs selesa dan sesuai dgn imej bertudung. lgpun PP byk keluar jumpa client, maka secara x langsung pakaian PP dpt meningkatkan konfiden level PP apabila bertemu org. ala, bukan stylo sgt pun PP ni. biasa je. tp PP bkn mangsa fesyen hokkeyyyy :)

bg PP senang - abaikan aje. noktah.

ish, apa citer mcm ni letak dlm blog, kan? x best langsung. hahaha. mmg x best pun. x pe la, PP ber-blog ni pun utk suka2 je. saje nak pot-pet-pot-pet kat sini.

PP pot-pet psl lain lak ye...nk ckp psl apa ek?
oh ya, sejak dh keje ni...dh x dpt nak mkn t/hari sama amir. sebulan yg lalu, amir mesti rs gembira bila dia balik sekolah tengahari ada org yg menyambutnya di pintu, menyediakan mkn t/hari, mkn2 bsama2 sambil bertukar2 cerita amir di sekolah.

seketika PP teringat perbualan amir dgn PP sebulan yg lalu.

"amir suka la along x keje"

"nape?"

"kalau amir balik sekolah, ada org kat rumah. x de la amir rasa sunyi sgt"

alahai amir, kesunyian rupanya. ya, PP faham perasaan anak kecil seusia 9 tahun ini.

amir suka dgr koleksi lagu2 allahyarham sudirman. kalau naik kete dgn amir, mmg x de can la nk dgr lagu lain. dia mesti nk dgr cd sudirman.

"along, penganggur tu apa?" tanya amir ketika lagu 'penganggur' berkumandang sambil amir juga turut menyanyi lagu tersebut.

"penganggur tu org yg x keje"

"ooohhhh mcm along la.lagu ni sesuai utk along. along kan x keje, along la penganggur"

amir, along bukan nk biarkan amir kesunyian. along pergi mencari rezeki utk keluarga kita. cheeeewahhhh. syahdu pulak. terharu tak? hehehe

amir, kuku along dh panjang laaa....boleh amir potongkan kuku along?

bonda hanya menggeleng aje bila setiap kali melihat amir memotongkan kuku PP. amir potong kuku cantik. PP suka. ehem ehem,...siapa yg along, siapa yg bongsu ni?