Sunday, April 19, 2009
pg smlm PP menemani MNG ke wisma yakin di ibukota. MNG mahu mencari sepasang baju melayu kerana MNG akan jd pengapit di hari bahagia sahabat karibnya, MJ.
kedai pertama yg kami masuki seakan tidak mahu melayan kami. masa tu tak ada pulak pelanggan lain dlm kedai tersebut. tuan punya kedai seakan enggan menurunkan baju yg digantung tinggi sedangkan beliau tahu kami sgt berminat untuk melihat fabrik baju melayu tersebut secara dekat. apa punya tokei kedai daaa....ada ke patut biarkan je kami mendongak untuk membuat pilihan. sakit kepala kami.
dek kerana layanan acuh x acuh tuan kedai tersebut, kami keluar dr kedai tersebut dan meninjau kedai di sebelahnya. di kedai kedua ini, layanan tuan kedai adalah berbeza dari kedai pertama. tuan kedai tidak lokek menurunkan baju-baju (yg berbeza fabriknya) yg digantung untuk kami melihat secara dekat agar senang kami memilih.
setelah proses tawar menawar harga, MNG ke fitting room utk mencuba baju tersebut. baju pertama yg MNG cuba tidak begitu sesuai warnanya dgn MNG sbb nmpk MNG mcm
hmm...x susah shopping org lelaki ni. bila dah berjumpa dgn yg berkenan di hati, terus sahaja keputusan membeli dibuat. PP dpt bayangkan bagaimana bosannya MNG tatkala menemani PP shopping. biasalah girls, sebelum beli mesti mau tgk2 dulu kat kedai sini, kedai sana, kedai sinun.
mmg dh byk kali dah PP ikut MNG shopping. mmg senang style org lelaki ni shopping. mungkin sbb fesyen lelaki yg x banyak beza, jd mereka sudah dpt mengagak baju atau seluar yg bagaimana mereka mau beli. dan semestinya fesyen untuk lelaki tidak jauh bezanya dr kedai sini dan kedai sinun. berbeza dgn perempuan - fesyen baju, kasut, beg tgn kerap berubah. dan kemungkinan fesyen baju di kedai sinun lebih cantik, lebih murah, lebih byk pilihan dr kedai di sini.
MNG juga sudah kerap menemani PP shopping. alhamdulillah, beliau tidak pernah merungut menemani PP masuk ke setiap kedai. adakah ini disebabkan kami belum berkahwin? ye la, selalu org ckp mcm ni, "belum kahwin semuanya ok. kalau dh kahwin nanti, tgk la....". hmm, harap2 lps kawin nanti pun MNG tetap MNG yg PP kenal 7 tahun yg lalu.
kami tidak sangka yg MJ, sahabat karib MNG sejak sekolah ini akan bergelar suami org pada bulan hadapan. masa mula2 MJ nak bertunang dulu pun, kami agak terkejut. biar betul, bro...
tp MJ serius dan yakin dgn keputusannya untuk menjadikan wanita yg baru dia kenali beberapa bulan itu menjadi suri hatinya.
"nmpknya berakhirlah sudah kehidupan seorg romeo" usik MNG pada sahabatnya itu di suatu petang.
"eh, mana ada....blm berakhir lg. aku baru nk bertunang je, beb" balas MJ sambil tergelak2.
ya, MJ mempunyai kelebihan dari segi paras rupa. pakailah sempoi camne pun, MJ mampu menarik perhatian mana2 gadis. tp MJ x menggunakan kelebihan yg dimilikinya dgn cara yg salah. MJ seorg yg setia tetapi apakan daya, cintanya yg hampir empat tahun dgn gadis berbangsa cina itu tidak kesampaian.
MJ bukanlah romeo tetapi mmg dia menjadi kegilaan gadis2 dari bangku sekolah hinggalah kini. Kalau ikutkan rekod, mmg dia x pernah memulakan perkenalan dgn mana2 gadis. Mereka yg menghulurkan salam perkenalan pada MJ. Ada yg pernah hampir membunuh diri apabila MJ menolak (secara baik) salam perkenalan mereka itu. hebat sungguh aura MJ ni.
oh ya, bercerita tentang MJ yg akan naik pelamin dan MNG yg akan jd pengapit, PP teringat alkisah PP jd pengapit sepupu PP 3 tahun yg lalu. Mulanya PP menolak utk jd pengapit. almaklumlah, PP kan pemalu orgnya. ahaks! segan sehhhh nk jd tumpuan org atas pelamin tu nanti. (mcm la org nk tgk PP sgt. mesti la org nak tgk pengantin, bukan pengapit. perasan sungguh PP ni). tapi sepupu PP itu tetap berkeras mahukan PP jd pengapitnya. beliau memberi alasan, hanya PP yg boleh muat baju pengapit yg mak andam sediakan (sepupu PP ambik pakej baju pengantin+baju pengapit). almaklumlah diantara sepupu2, PP sorg je yg bersaiz S (anak sedara PP pun lebih bsr dr PP).
mcm2 alasan yg PP bg utk mengelak jd pengapit tp akhirnya, PP bersetuju apabila saudara mara mula pancing PP dgn makanan.
"kalau jd pengapit, dpt mkn kat meja pengantin tau," kata Pakteh, bapa saudara PP yg pandai memasak dan pastinya masakan beliau tidak pernah menghampakan.
"eh, betul ke?"
"ye la, pengapit kena duduk sblh pengantin ms mkn" kata Paksu pula.
"hak ah...betul gak, kan" PP teruja.
PP mula berangan2. PP terbayangkan sajian lauk pauk pengantin yg enak2 dan lazat2 yg akan dimasak sendiri oleh Pakteh.
hehehe. bab mkn je terus PP jd laju. hihihi. dasyat la PP ni kan. kepada sepupuku, ketahuilah yg PP ikhlas menjadi pengapitmu. pancing dari pakcik2 kita itu hanyalah sebagai galakan kepada PP sahaja untuk membantumu menyempurnakan hari bahagiamu.
ok, ni PP cite pengalaman PP jd pengapit ye.
ms mak andam tgh siap2kan pengantin kat dlm bilik, assistant mak andam pun suruh la PP tkr pakai bj pengapit. lps PP iron bj pengapit, PP pun sarung la bj pengapit tu - bj kurung moden berwarna ungu muda. mmg ngam la baju tu dgn bdn PP. bj itu juga seakan dijahit mmg betul2 utk PP (hmmm, perasan lg).
lps tu, PP pun keluar la dr bilik. sejurus PP keluar dr bilik, hadirin (org kg sepupu PP) yg duduk2 di ruang tamu dtg bersalaman dgn PP sambil mengucapkan tahniah kpd PP.
"ohhh...comel je orgnye ye. bila dh besar, mcm lain lak muka dia ye. tahniah. " kata makcik2 yg bersalaman dgn PP.
dlm senyuman manis, PP memberitahu yg pengantin sedang bersiap di dalam bilik dan PP bukanlah pengantin. kami sama2 tertawa. byk kali jugak la org tersalah. bukan makcik2 td je. PP pun keliru, jua bimbang. takut nanti dikatakan berlebih2 dr pengantin. sedangkan baju pengapit tu mak andam yg sediakan. muka PP x de secalit mekap pun, pakai lip gloss je. camne lak diorg blh ingat PP ni pengantin?
pastu, mak andam suruh PP ambil kipas kat pelamin. PP pun pergi la ke pelamin yg terletak di luar rumah. tgh2 PP menyarung selipar di pintu rumah, PP disimbahi cahaya lensa kamera dr 3-4 org lelaki. mcm paparazi lak diorg ni.
"eh, saya bukan pengantin la," kata PP sambil berjalan ke arah pelamin. paparazi itu terus mengikut PP ke pelamin dan mereka terus juga merakamkan gambar PP.
"posing la sikit dgn kipas tu" kata salah seorang paparazi tersebut.
"bukan saya kawen laaa" kata PP lg sambil berlari2 masuk ke dlm rumah sambil mengelak aksi PP dirakam lensa mereka. hahaha. mmg lawak betul la ms tu tetapi mereka seakan x pedulikan kata2 PP.
bila pengantin dh siap, paluan kompang pun dh kedengaran dr luar rumah. tiba2 mak andam pun bersuara.
"nape x mekap ni?"
"ala, x nak la. x reti la nak mekap2 ni," jawab PP sambil mengeleng2.
"lupa lak aku nk mekapkan ko td" kata mak andam.
baguslah mak andam terlupa. x mekap pun, org ingat PP ni pengantin. kalau mekap nanti, lg la org ingat PP yg kawen.
lps sesi mkn2, ada la sesi berfoto. seorg dr paparazi td meminta maaf kpd PP kerana tersalah sangka.
"maaflah. ingat td awak yg kawen"
"kan dh ckp td, kite bkn pengantin," pp sengeh kerang.
"tp kalau nk ambik gmbr awak jugak blh x?"
"eh, x yah la. nk buat apa ambik gmbr kite. ambik gmbr pengantin je dah la,"
namun permintaan PP x diendahkan. PP cuba mengalihkan pandangan ke arah lain ketika paparazi itu mengambil gambar PP.
hahaha...mesti brother tu menyesal ambik gmbr PP. bila dia tgk balik, mesti dia terfikir balik nape dia beria2 nk ambik gmbr PP. sbb PP ni bkn fotogenik punnn....fotogedik blh la.
itu lah pengalaman PP jd pengapit.
PP dh jd pengapit, bila lak PP nk jd pengantin ek?hohoho...kena la tanya pihak belah sana :)
kepada MJ yg sedang menghitung hari, tahniah. semoga bahagia ke akhir hayat.
p/s: PP dh try godek2 cari gambar PP ms jd pengapit dulu, tp x jumpa laaa...lupa lak simpan dlm laptop mana satu....

0 -begitu-begini-: