6th years=january

Friday, November 21, 2008

January 9th, 2008

Bila thn baru menjengah, aku sentiasa teruja..di alam persekolahan dulu, aku teruja utk naik darjah/tingkatan…maklumlah,tgh nak membesar ms tu…dpt guru kelas baru, lantik ketua kelas+ajk yg baru…dan aku dgn kwn2 yg lain berkobar2 dgn azam baru.setelah menginjak ke ipt hingga kini, sekali lg aku teruja dgn kedatangan thn baru…ini kerana Januari adalah bulan anniversary aku dan si dia…hehehe…dan Januari kali ini adalah thn yg ke-6 bg kami. kami sentiasa berdoa semoga hubungan kami ini diberkati-Nya dan impian kami utk mengikat ikatan yg sah dimakbulkan-Nya. bila diimbas kembali, aku x sangka akan menjalin hubungan chenta dgn si dia yg merupakan classmate aku ms form 1. dia bpindah sekolah ketika form 4 dan kami bertemu semula ms diploma. kwn2 sekolah yg lain pun seakan tidak percaya bila mendapat perkhabaran yg kami berpacaran…sbb karakter kami yg sgt berbeza. cthnya?dia cool,aku gelabah sket…dia pendiam, aku becok sket…dia matured, aku childish…dia pandai urus duit, aku pandai perabis duit….dia sopan, aku sengal2 sket….hihihi….byk lg la tp pbezaan itulah yg merapatkan+menceriakan hubungan kami. org kata opposite attract :)

tentang dia?dia seorg yg soft spoken….hmm tak perlulah aku bercerita pjg tentang dia…nanti org kata promote boypren sendiri….cukuplah aku katakan yg aku bahagia bersamanya….dialah teman, sahabat, kekasih. dia masih lg dirinya spt di awal perhubungan kami 6 thn yg lalu. dulu kerap aku sangkakan yg dia sekadar ‘berlakon baik’ utk memikat dan mengambil hatiku tp akhirnya aku menyedari yg dia bkn berlakon, mmg itulah sifat dirinya yg sbnr.

bila dh lama berkawan ni, ramai la yg tanya bila nak kawen…lg2 sejak aku dh hbs blaja bln 6 thn lps, makin keraplah soalan ini diajukan. kata org, x elok kawan lama2, blh elakkan maksiat….bkn x nak kawen…tp aku masih belum puas duduk dgn family…blm puas nak rs air tgn seorg ibu…maklumlah, sejak tingkatan 1-5 aku sekolah asrama.then,3 thn wat diploma+2 thn degree kat uitm. selama 10 thn aku makan nasi kawah dwn makan…dan selama 10 thn itulah aku rindu nak cium tgn+pipi ibuku setiap pagi…kini aku dpt mencium tgn+pipi ibu setiap pg sebelum pergi kerja…dan aku blm puas utk lakukan itu semua….kerana kalau tidak kerana doa ibu+ayahku siang dan mlm, pastinya aku tidak dpt meraih apa yg aku dpt hr ini. aku merasakan yg aku masih belum puas utk melihat wajah ibu+ayahku siang dan mlm sblm aku bergelar seorg isteri kepada seseorg…kerana pastinya pabila berkahwin kelak, aku perlu memberi tumpuan kpd byk perkara dan tinggal lg dpt tgl bsama ibubapaku kerana rumahku yg sdrhana kecil~bimbang menimbulkan ketidakselesaan pd adikku2…biarlah org mengatakn yg aku anak manja, x independent atau apa saja asalkan aku bahagia dgn memberi komitmen yg sepenuhnya pd keluarga.lgpun, aku anak yg sulung dan adik2ku semua masih belajar-yg bongsu br darjah 2. ada juga yg bpendapat, kalau dh kawen nanti masih blh tlg keluarga. itu pndpt org lain dan aku hormatinya tp aku rs aku masih blm puas utk mbalas segala susah payah ibu+ayah mbesarkan aku yg nakal ini. hajatku msih blm tcapai utk mberi mereka keselesaan hidup.

mujur orgtuaku tidak mendesak bab2 kawen ni…si dia juga understanding+flexible….memberi aku kebebasan sepenuhnya dan dorongan utk mencapai segala hajat di hati sblm memikul tanggungjawab seorg isteri. ini kerana pastinya byk hati yg perlu aku jg bila aku bergelar isteri. aku x bermaksud perkahwinan itu menjadi penghalang utk aku mcapai impian tetapi hmmm….sukar utkku trgkan di sini. mgkn ada yg x setuju dgnku, lain org lain pndpt. bkn x prnh kami bicarakan soal kawen, mmg kami ada perancangan dan persiapan ke arah itu. namun demikian, aku x blh menolak takdir seandai ’sampai seru’ lebih cpt dr yg kami rancangkan. siapalah aku utk menolak takdir yg sdh t’tulis utkku kerana DIA lbh tahu apa yg terbaik utk hambaNya.

Buat ibu+ayahku, terima kasih atas segala pengorbanan+kesabaran kalian membesarkanku….thanks 4 everything.
Buat si dia,
terima kasih kerana menjadi teman yg memahami~sentiasa terbuka, menerimaku seadanya.
terima kasih kerana menjadi sahabat yg setia bsamaku dlm suka dan duka~menjadi saksi segala tawa dan airmataku dlm merentasi segala peristiwa, mendengar keluh kesah mulut becok ini bcerita pelbagai perkara.
dan terima kasih kerana menjadi kekasih yg menyayangiku setulus hati~menjadikanku sempurna apabila bersama.

oh Tuhan…terima kasih di atas anugerah2 terindah ini…

Maka bersempena thn baru dan awal muharam ini, aku berdoa semoga ibubapaku, diriku, adikk2ku dan juga si dia thn ini ditingkatkan keimanan, dilimpahi rezeki dgn keberkatan, dipermudahkan segala urusan, diberi kesihatan yg bpanjangan dan warnai thn kami ini dgn kecemerlangan. doaku di thn ke-6 ini: berkatilah hubungan kami, makbulkanlah hajat kami dan peliharalah kami dr membuat perkara2 yg menjauhkan kami dariMu. Aminnn….

0 -begitu-begini-:

baca bye ding happy dancing
sedih love marah boring wow!
nangis dreaming fuiyooo serrammm stress
Post a Comment