tentang semalam

Monday, March 16, 2009


hehe..ni citer semalam tp smlm x dpt nk on9 so terpaksalah a
pdet hr ni...

beberapa hari sebelum semalam, amir mengajak PP joging. bg menunaikan janji PP kpd amir, maka pg smlm PP mengajak bonda dan dua adik PP (amir dan hafiz) utk joging di tasik titiwangsa. perjalanan dirancang bertolak dr rumah jam 7 pg tp biasa la budak 2 org ni, sok sek sok sek akhirnya hampir 7.45 pg baru kami bertolak. ramai juga yg baru tiba ketika kami sampai di lokasi. alhamdulillah, dpt tmpt parking dgn mudah. sejuk mata tgk pemandangan kat sini.

bonda dan hafiz

PP juga tumpang seronok bila tgk semua org beriadah bersama kelurga mereka. aktiviti sihat seperti ini mmg patut digalakkan. PP mencadangkan kpd bonda utk membawa raket badminton di masa akan dtg. bonda bersetuju dgn jawapan PP. cuma, kami perlu keluar lebih awal dr hr ni. nanti x la panas sgt, kannnn....


antara pemandangan di tasik titiwangsa

seronok je tgk kolam ni penuh dgn teratai...cantik!


payung2 berwarna merah ini menarik hati kami. bonda ajak PP utk terjah. apalagi, kite terjah!

dari jauh PP nmpk mcm ada gerai2 je.

ooo rupa2nya ada pesta memancing. patut la ada gerai2. mcm2 gerai ada. pastinya PP dan bonda tertarik utk singgah di gerai yg menjual makanan.

ramai gak yg nk join pesta memancing ni


tengahari selepas solat zohor, PP menghadiri majlis hari jadi anak jiran PP. Happy Birthday, Safira! Rumah Mak Safira ni selang 2-3 rumah je dr rumah PP. Pelbagai jenis makanan yg dihidangkan kpd tetamu yg terdiri dr jiran dan sanak saudara tuan rumah. Pastinya membuka selera sesiapa sahaja! ada nasi ayam, bihun sup, roti jala, kueh mueh, mcm2 lg la.

birthday girl yg comel

Utk pengetahuan kalian, Ayah safira ialah adik kepada mak MNG. hehehe. yg menariknya, mereka tidak pernah tahu yg PP ini berpacaran dgn anak sedara mereka! PP masih ingat lg kejadian beberapa tahun lps (di awal perhubungan kami), bonda PP menjemput MNG dtg beraya di rumah kami (ms tu 1st time MNG dtg rmh PP). yg kami x sangka, malam itu MNG dan keluarganya dtg beraya di rumah pakciknya yg merupakan jiran PP itu. fhm x apa yg PP citer ni? Siang - MNG dtg (sorg2) beraya rumah PP, mlm - MNG dtg sekali lg ke kwsn rumah PP utk beraya rumah pakciknya pulak. hahaha. mmg lawak ms tu sbb MNG x perasan pun selama ni rumah PP hanya selang 2-3 rumah dr rumah pakciknya itu.

ye lah, MNG dtg rumah PP ikut jalan menghala dr bus stop kat jalan besar tp bila dtg
naik kereta dgn family, ayah MNG ikut jln blkg. so dia mmg la x cam kwsn kejiranan kami. lgpun, MNG yg tinggal di bndr K (kira2 1 jam 30 min perjalanan dr rmh PP) mmg x biasa dgn kwsn rumah PP ni.

Itu kejadian beberapa tahun lps tp agaknya sudah tertulis di azali yg rezeki MNG mmg ada dkt kawasan ni so MNG kena la biasakan dgn kwsn rumah PP ni. sbbnye opis MNG terletak dekat je dgn kwsn perumahan PP ni. bak kata belalang, sepelaung aje! hehe.

bila dh opis dkt dgn rumah
PP ni, selalu jugak la dpt lunch sama MNG. ada gak pernah terserempak dgn pakcik MNG kat Giant tp PP cpt2 la menyorok. belum tiba masanya lg. hihihi. sedangkan mak, ayah, abg dan kakak MNG pun belum ada peluang lg kenal PP makanya belum tiba masa lg utk sanak saudara yg lain tahu psl PP.

lgpun, PP ni pemalu orgnya (ye ke?). sbb tu la PP rs segaaaannnn sgt2 nk berkunjung + bkenal2 dgn keluarga MNG walau ka
mi telah berpacaran lebih 7 tahun lamanya. Hanya keluarga PP yg kenal dan tahu tentang PP dan MNG. PP dan MNG juga telah sepakat utk memberitahu ahli keluarga MNG bila masanya tlh hampir nanti. Mgkn ada yg pelik atau x percaya tp itulah kenyataannya.

mama birthday girl (makcik MNG) tgh psg lilin

oh ya, sambung citer besde party kazen cilik MNG ni, Safira. Kek gambar Princess Disney dr Secret Recipe itu tersangatlah sedap. asikkkk sekali. namun kehadiran saudara mara tuan rumah yg semakin ramai membuatkan PP cepat2 mengajak bonda meminta diri. manalah tau, kang terserempak pulak dgn MNG kat sini. nk kena berlakon lak nanti, purak2 x kenal antara kami.

kek yg sgt cedapppp

PP cuba berimaginasi, apalah agaknya ye reaksi Mama Safira ini nanti bila dia tahu yg anak jirannya yg dia kenal bertahun lamanya ini rupa2nya bakal mjadi anak sedaranye nanti? hihihi....tunggguuuuuu....




so can you keep a secret? :)

anugerah terindah pernah kumiliki

Friday, March 13, 2009


PP baru sahaja selesai khatam blog ayahanda arwah amir yusof. Airmata PP tanpa segan silu menderu laju kerana PP tidak lg dpt menahan rasa sebak, terharu, sedih yg bersilih ganti tatkala membaca bait2 kata ayahanda amir yusof yg penuh kasih seorg bapa. hujan yg lebat sejak dr awal pagi lagi menemani PP menyusuri setiap entri dr kelahiran adinda amir yusof sehinggalah ketika beliau kembali ke rahmatullah di usia yg baru sahaja mencecah 8 bulan. (gambar baby ni bkn amir yusof tau, gmbr hiasan je).

Semoga Allah tabahkan hati ayahbonda dan kanda kepada amir yusof di atas dugaanNYA ini. Pastinya amir yusof adalah anugerah terindah pernah kalian miliki.

Pastinya syurgalah tempatmu di sana, dik. Alfatihah.


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *


bulan mac kali ini MNG sangat sibuk dgn kerjanya. semedang out station. bukan x pernah MNG outstation. dalam sebulan tu, pastinya ada sekali MNG outstation. tp bulan ini, 3x MNG akan turun naik flight. minggu pertama, MNG ke sabah. lps beberapa hari pulang dr sabah, MNG perlu ke langkawi pulak. then, terbang ke Hong Kong pula lps pulang dr langkawi. PP sungguh jeles tauuuu, tgk MNG asik jalan2 aje kojernye.

"hmm...bestnye gi jalang2" kata PP teruja apabila MNG menunjukkan tarikh2 di kalendar kepada PP.

"bukan gi jln2, sayang...kite gi buat keje tau" balas MNG.

"ala, sambil menyelam buang air. eh, silap...sambil menyelam minum air. g ibuat keje, sambil tu dpt jalang2. best tuuuu"

"awal2 best la. tp kalau dh selalu mcm ni, penat dan boring gak"

"kalau mcm tu, bwk la kite...konpem x penat dan x boring nanti." saja PP menyakat MNG.

"x pe la. nanti bila dh kawen nanti, nk gi mana2 pun boleh. x best pun nk gi travel sambil nk buat keje"

hmm...bicara tentang MNG, PP sebagai sahabatnya tumpang seronok melihat MNG hari ini. MNG dianugerahi rezeki yg murah sejak memasuki alam pekerjaan hampir 4 tahun yg lalu. Alhamdulillah, syukur di atas rezekiMU. Ya, rezeki datang dalam pelbagai sumber, bentuk dan juga tidak disangka2. MNG bukan sesiapa, bukan anak hartawan, MNG hanyalah seorg insan biasa tetapi sifatnya yg sabar, sentiasa berfikiran positif, soft spoken yg dimilikinya membuat PP kagum. sesiapa yg mengenali rapat dirinya pasti bersetuju dgn gelaran yg PP berikan pdnya - MNG - Mr Nice Guy. PP adalah saksi MNG melalui saat2 getir, dugaan, cabaran ketika di alam kampus dahulu. tidak pernah sekalipun rungutan keluar dr mulut MNG apabila menghadapi kesukaran malah MNG tetap cool dan redha. Ohhh, PP tidak perlu memuji MNG setinggi langit di sini. PP perlu memujiNYA atas kurniaanNYA pada MNG. Subhanallah. Semoga sifat2 MNG yg baik ini dpt PP contohi dan mendekatkan diri PP dgnNYA.

Apa yg PP cuba nk sampaikan disini, kita sebagai manusia janganlah sesekali putus asa pada Allah dan bersangka baik lah padaNYA. Berusaha dan yakinlah pasti ada rezeki yg sudah tertulis utk kita. Kepada adinda2ku yg masih berhempas pulas menelaah pelajaran, janganlah kalian gusarkan. Teruskan berusaha dan berdoa untuk mencapai cita2 dan mengembirakan hati ayahbonda. Jika kalian jatuh, bukan bermakna kalian akan terus jatuh lg bila kalian cuba untuk bangun dan berjalan kembali.

Selain keluarga PP, MNG adalah antara anugerah terindah pernah PP miliki. Syukurku padaMu, Ya Allah.


Ya Allah, Kau jadikanlah kami sebagai hambaMu yg mensyukuri nikmatMU. Kau murahkanlah rezeki kami dan permudahkanlah urusan kami, Ya Allah. Hanya padaMU kami memohon harap. Amiiinnnn...